Sunday 4 January 2015

Kursus Urutan Tradisional Wanita Johor Bahru

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Chue nak war-warkan berita mengenai Kursus Urutan Tradisional Wanita Johor Bahru. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :


Lokasi : Homestay Tok Wan Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru *mungkin ada perubahan
Tarikh : 6hb & 7hb Februari, 2015 [2 hari]
Masa : 9.30pagi hingga 6.00petang

Modul Yang Akan Diajar :
  • Urutan tradisional Melayu 1 badan
  • Urutan wanita hamil
  • Urutan wanita lepas bersalin
  • Cara bertungku dengan betul
  • Urutan untuk bayi
  • Urutan menaikkan seri muka & mantapkan aset wanita
  • Cara membuat mandi bunga [menaikkan seri wajah, buang aura negatif, buang energy negatif]
  • Doa untuk urutan dan menaikkan seri wajah pelanggan
  • Cara membuat minyak urut resepi warisan keluarga
  • Kenali point badan manusia
  • Cara pemakaian bengkung dan membuat masakan untuk wanita dalam pantang
  • Cara memulakan perniagaan urutan tradisional, mobile spa dan khidmat penjagaan wanita dalam pantang
  • BONUS urutan refleksologi
  • Sijil disediakan
  • Tenaga pengajar berpengalaman

Yuran : RM500 - tambahan RM60 untuk peserta yang memerlukan penginapan

Tenaga pengajar untuk Kursus Urutan Tradisional Wanita Johor Bahru yang akan diadakan ini adalah dari Auranita Training & Consultancy [Islamic Medic Spa] Kubang Kerian, Kelantan.

Untuk pengetahuan, tenaga pengajar tersebut telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK Kementerian Sumber Manusia Vocational Training Officer.

Sijil yang bakal diperolehi oleh peserta Kursus Urutan Tradisional Wanita di bawah bimbingan mereka boleh dijadikan lampiran bagi permohonan Sijil Kemahiran Malaysia.

Jadi! kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi pihak penganjur dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad.

Nama Penganjur : Cik Umi
No. Telefon : 019-7932780

No comments:

Post a Comment