Saturday 10 January 2015

Tips Turun Berat Badan Dalam Seminggu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Awak, Chue kongsikan Tips Turun Berat Badan Dalam Seminggu. Tips baik punyer tu.

Sebagaimana yang terkandung dalam Teknik Kurus Dengan Diet Atkins awak mesti sudah mulakan Diet Atkins ini dengan penuh bersedia. Letakkan target dan fokus dengan apa yang awak buat. Jika tidak, awak gemuklah sampai bila-bila. Pakailah baju yang sendat-mendat selamanya. Makan hati jerlah tengok orang pakai baju cantik-cantik, longgar-longgar menutup aurat tanpa kelihatan lemak-lemak timbul. Jeles selamanya tengok gambar gegadis selfie tanpa menahan nafas atau berselindung di belakang orang lain atau apa-apa objek. Haaaa fikirkan baliklah apa yang Chue bebelkan ni ekk.


Tips Turun Berat Badan Dalam Seminggu yang Chue nak kongsikan ni mudah jer nak ikut. Malas bersenam pun takpe jer. Sebab Chue sendiri kurang bersenam kecuali berjalan sana sini di kawasan tempat kerja. Sesekali jer kalau ada masa terluang, Chue berjalan keliling kawasan rumah selama setengah jam atau lebih.

Awak hafal kan Menu Apa Yang Boleh Dimakan Semasa Beratkins jadi, Tips Turun Berat Badan Dalam Seminggu adalah menu-menu itu. Yang pengamal Diet Atkins gelarkan 'Diet Clean'. Makan menu-menu yang tersenarai dalam senarai itu tanpa gagal. 

Setiap hari? YA! setiap hari. 

Elakkan mengambil produk olahan yang dihasilkan untuk pengamal diet rendah karbohidrat yang terdapat di pasaran tu seperti mi shirataki atau yang sewaktu dengannya kerana kita tak pasti kandungan yang tersembunyi.

Air masak mesti cukup secukup-cukupnya. Jangan skip waktu makan. Makan sampai kenyang.

Lihat hasilnya nanti, in shaa Allah setakat 5-6kgs dalam seminggu, apalah sangat dengan Diet Atkins ni. Makan sedap-sedap pun kurus jugak, lebih power dari makan produk yang menghabiskan duit jer tu kan awak? Betapa mudah nak Kurus Dengan Diet Atkins ni. Jangan tangguh lagi!

Tips Turun Berat Badan Dalam Seminggu yang Chue kongsikan ini awak mesti amalkan sepanjang tempoh induction/induksi. Tak perlulah duduk lama-lama dalam Fasa 1.


No comments:

Post a Comment