Thursday 19 March 2015

Susah Buang Air Besar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Hasil perkongsian cerita dan masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan sekeliling Chue, rupa-rupanya ada ek di kalangan kita yang Susah Buang Air Besar. Dalam seminggu tu nak dapat sekali buang air besar pun payah. Pada mulanya, Chue seperti tidak percaya tetapi setelah lebih dari 3 orang yang menceritakan tentang masalah yang sama, barulah Chue rasa cerita rakan yang pertama tadi adalah bukan rekaan semata-mata.

UH! apalah rasanya badan ni jika tidak mengeluarkan sisa buangan tu ek?

Chue sendiri wajib membuang setiap pagi terutama selepas mandi. Itu pun jika tidak ada minum Teh Herba Orang Kampung sebelum tidur. Kalau Chue minum, lagi keraplah membuang. Pendek kata, Chue tak ada masalah Susah Buang Air Besar seperti yang dialami rakan-rakan Chue ni.


Berdasarkan cerita dari rakan-rakan Chue ini juga, ada di kalangan mereka yang mengalami masalah badan banyak angin disebabkan Susah Buang Air Besar dan doktor nasihatkan beliau perbanyakkan meminum air masak, makan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti betik atau pun pisang. Tetapi masih juga tidak berhasil. Huhu. Kesian sangat. Apalah nasib badan. Nak kata gemuk, tidak! comel loteh memasing.

Jadi, sebagai rakan yang perihatin, Chue pun mencadangkan mereka untuk mencuba HERB-LAX keluaran Shaklee. Chue berani cadangkan sebab Chue sendiri pernah mengambil pil ini dan masih mengambilnya jika perlu dan alhamdulillah serasi. Chue ambil untuk mencuci usus dan DETOX. Alhamdulillah mujarab.


Shaklee Herb-lax 

Sehari makan 4biji sahaja sebelum tidur. Jika di awal pengambilan, ambillah setiap malam tetapi jika semuanya sudah normal awak disarankan perlu ambil sekali dalam seminggu atau bila perlu sahaja.

Herb-lax ni membantu awak detox, cuci usus. Buang segala kotoran yang tersangkut di usus, almaklumlah kita makan minyak, lemak segala bagai. Macam juga singki kat dapur rumah kita tu, salurannya pun akan berkeladak dan tersumbat lalu mengelularkan bau busuk disebabkan kita buang air yang kotor ada juga tuang minyak dan lemak dalam singki. haaaa macam tulah kotornya keadaan usus kita. Jadi, DETOX adalah yang terbaik.

Mereka yang sesuai untuk mengambil ini antaranya adalah mereka yang mengalami :

  • Masalah Susah Buang Air Besar
  • Masalah bau mulut
  • Masalah bau badan
  • Makan minyak, lemak dan sebagainya

Untuk khasiat lain, awak bolehlah merujuk mana-mana page Shaklee atau mencari agen yang berdekatan. Harga? Dalam lingkungan RM50 macam tu. sangatlah berbaloi.

1 comment: