Sunday 18 January 2015

10 Senarai Senaman Mudah Tanpa Peralatan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!


10 Senarai Senaman Mudah Tanpa Peralatan ini amatlah best untuk dilakukan terutama bagi awak yang sibuk bekerja sepanjang hari, pergi pagi balik petang atau malam. Tidak perlu pergi gym. Lakukan sahaja di rumah pada bila-bila masa terluang.

Senaman ini bukan sahaja untuk mereka yang sedang berdiet tetapi sesuai juga untuk mereka yang sememangnya amalkan kehidupan sihat dan mementingkan kesihatan. Jom! pilih dan lakukan sendiri di rumah.

1. Berjalan

Berjalan di sekeliling kawasan perumahan sebenarnya menyeronokkan juga dan mampu mengeluarkan peluh yang banyak tetapi pastikan cuaca elok. Boleh juga cuma berjalan di dalam kawasan rumah sendiri cuma pemandangan agak terhad dan awak akan cepat bosan nanti. Semasa cuaca hujan atau sebagainya, boleh cuba untuk berjalan turun naik tangga di dalam rumah. Jika tidak, sila pilih senaman lain yang sesuai dilakukan ketika cuaca begitu. Senaman sebegini boleh menguatkan kaki dan lutut.

2. Lompat Bintang / Jumping Jack


Senaman ini paling seronok kerana ia teramatlah mudah dan sering menjadi pilihan antara 10 Senarai Senaman Mudah Tanpa Peralatan. Ia boleh dilakukan sambil menonton TV di dalam rumah. Cuma 2 langkah yang dilakukan berulang-ulang mengikut kemampuan seseorang itu. Enjoy, kan?! Senaman ringkas ni adalah antara salah satu senaman kardio yang hebat. Sesuai dijadikan senaman untuk warm up juga.

3. Pumping / Push Up


Ini paling kurang menjadi pilihan kerana ramai yang kata ia susah. Sebab selalu tentera atau pun atlet yang buat, kan? Kita yang tak berapa nak tentera atau atlet ni pun boleh lakukan cuma dengan cara yang agak mudah dan tidak terlalu menyeksa iaitu dengan menggunakan lutut berbanding meluruskan kaki seperti di dalam gambar ini. Senaman ini mampu meningkatkan kekuatan tangan dan bahagian sekitar dada.

4. Apungan Kaki / Leg Lift


Senaman mudah untuk kuatkan kaki. Nampak mudah, cuba lalukan tengok!! 

5. Tekan Tubi / Crunches

Untuk kekuatan perut / abdomen. Jika kepala tidak dapat naik habis, jangan risau asalkan dapat bangun dan anda dapat merasakan tekanan di bahagian perut kira sudah bagus.

6. Berlari Setempat / Jogging In Place

Terbaik untuk jantung. Boleh dilakukan sambil menonton TV juga atau sambil mendengar radio di dalam rumah. Sebaiknya pakailah kasut yang bersesuaian bagi mengelakkan melecet atau berlaku sebarang tekanan di kaki. 

7. Angkat Berat

Tidak perlu membeli peralatan yang mahal-mahal di kedai untuk lakukan senaman ini kerana awak boleh gunakan apa sahaja yang berada di rumah contohnya setin air minuman atau botol yang ada tangkai seperti botol pencuci lantai yang masih berisi. haaa.. boleh jer.

8. Squats


Squats berkesan untuk kaki dan punggung. Jika dirasakan susah, boleh cuba dengan memegang hujung / kepala kerusi. Lakukan berulang-ulang kali.

9. Menari

Dalam 10 Senarai Senaman Mudah Tanpa Peralatan ini paling tidak sengaja dilakukan terutama bagi wanita kerana sambil mengemop lantai sambil menari mengikut rentak muzik yang dimainkan di radio. Ramai tau yang mengemop sambil menari. Sendiri tak perasan bahawa mereka sedang bersenam. hihi. Kalau sambil mengikut apa yang ditonton di TV atau CD lagi best, kan? 

10. Berjalan Setempat / Step Exercises

Biasanya dilakukan menggunakan tangga atau turun naik bangku. Jangan sampai terpelecuk atau tergelincir.

Pilihan di tangan awak, 10 Senarai Senaman Mudah Tanpa Peralatan yang mana mampu untuk dilakukan dan menjadi amalan hidup sihat awak. Tiada masa bukanlah alasan yang sesuai lagi untuk digunakan.

2 comments:

  1. wahh nice info :)
    mai lah singgah blog saya mateyad.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fayyadah.. thanx tau jengok blog kite.. ok kite p blog awak plak.. :)

      Delete