Tuesday 16 December 2014

Apa Dia 4 Fasa Dalam Diet Atkins Tu?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Dalam entri 'Diet Atkins? Apa Tu?' ada dinyatakan apa dia 4 fasa dalam diet atkins yang WAJIB dipatuhi. Jadi, apakah Apa Dia 4 Fasa Dalam Diet Atkins Tu?

Meh Chue terangkan :

Fasa 1 - Induction / Induksi
  • Bagi yang baru memulakan Diet Atkins, fasa 1 adalah bergantung berat seseorang dan paling minima induksi adalah 2 minggu.
  • Pengamal Diet Atkins yang melalui fasa 1 ini hanya dibenarkan mengambil 20gram karbohidrat sahaja dalam sehari.
  • Sumber makanan yang dibolehkan untuk fasa 1 adalah sumber dari protein [Ayam, Daging, Ikan, Telur] dan juga sayuran hijau [Kailan, Sawi, Brokoli, Kangkung, Bayam].
  • Untuk fasaa 1 juga, pengamal Diet Atkins akan mengalami penurunan berat badan secara berterusan dan mungkin lebih dari 6kgs pada 2minggu pertama *bergantung kepada kondisi badan seseorang.

Fasa 2 - Weight Loss / Penurunan Berat 
  • Fasa 2 adalah Penurunan Berat Berterusan tetapi secara perlahan dan agak lembab berbanding di fasa 1.
  • Bagi pengamal Diet Atkins yang sudah menjangkau ke fasa 2, anda dibolehkan meningkatkan pengambilan Karbohidrat daripada 20gram sehari kepada 25-45gram sehari.
  • Sumber makanan yang dibolehkan untuk fasa 2 adalah sumber yang sama seperti di fasa 1 cuma anda boleh menambah perisa hidangan dengan Kekacang, Beri dan Yogurt.
  • Untuk fasa 2, pengamal Diet Atkins akan mengalami penurunan berat secara berterusan akan tetapi agak perlahan berbanding dengan fasa 1 *mungkin 600gram atau kurang dalam tempoh seminggu

Fasa 3 - Pre Maintenance / Pra Penyelenggaraan
  • Fasa 3 adalah fasa pra-penyelengaraan. Ini apabila berat pengamal Diet Atkins itu sudah menghampiri berat yang diidamkan atau berat ideal *4kgs menghampiri berat ideal.
  • Bagi pengamal Diet Atkins yang sudah layak melangkah ke fasa 3, anda perlu juga menambah kandungan Karbohidrat sehari dari 50-70gram. Ini masih dalam proses penurunan berat badan dan anda juga perlu mengawal Karbohidrat supaya proses penurunan itu terus berlaku.
  • Sumber makanan untuk fasa 3 ini pun sudah bertambah. Semua sumber makanan sudah boleh diambil TETAPI dalam kuantiti yang Sedehana & Sikit.
  • Untuk fasa 3, pengamal Diet Atkins telah menghampiri berat badan ideal jadi, ianya sudah nampak lebih mudah cara pemakanannya. TETAPI masih juga memerlukan pengawalan iaitu tidak melebihi 70gram Karbohidrat sehari

Fasa 4 - Lifetime Maintenance / Penyelenggaraan
  • Fasa 4 adalah fasa terakhir dalam Diet Atkins. Untuk fasa terakhir ini, anda cuma perlu mengawal menu harian anda untuk kekalkan berat badan yang ideal.
  • Bagi pengamal Diet Atkins yang sudah berjaya mencapai fasa terakhir ini, anda boleh mengambil Karbohidrat 75gram ke atas.
  • Sumber makanan untuk fasa 4 ini sama seperti di fasa 3 cuma anda hanya perlu mengawal untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

ALHAMDULILLAH!! 

Dah Kurus Lettew!! eeehehehe

Sumber : KDAM

1 comment:

  1. Fasa Dalam Diet Atkins.
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/11/fasa-dalam-diet-atkins.html

    ReplyDelete