Monday 29 December 2014

Dah Diet Atkins, Tak Cheat Pun Tapi Berat Statik

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Macamana diet? Ok tak? Berat turun banyak tak? Apa?? Berat turun awal-awal jer, pastuh tak turun dah? Padahal Dah Diet Atkins, Tak Cheat Pun Tapi Berat Statik. Risau?

Jangan risau. Jangan risau tau awak. Itu adalah proses normal. Ia dinamakan 'Plateau' atau dalam bahasa mudah 'muscle gain' atau mudah lagi, pembentukan otot / pembinaan otot. Kalau digambarkan dalam bentuk graf macam kat bawah ini, tentu lagi mudah awak nak faham.

Plateau yang digambarkan dalam bentuk graf

Berat awak akan turun banyak pada awal diet dan statik secara tiba-tiba dalam beberapa tempoh. Itulah yang dinamakan plateau tadi. Berat statik sebab berlakunya proses pembentukan otot. Dari lembik nak jadi mampat isinya itu yang tiada proses penurunan berlaku. Malah ada sesetengah orang beratnya naik sedikit. Maunyer tak panik?!! 

Apa perlu dilakukan jika Dah Diet Atkins, Tak Cheat Pun Tapi Berat Statik?

Awak perlu bersenam sekurang-kurangnya 30minit setiap hari atau lebih lagi bagus. Buat aktiviti yang mampu mengeluarkan peluh. Dan! jangan sesekali 'cheat' atau menipu dalam berdiet, jangan suka-suka makan apa yang dilarang dalam Diet Atkins. Buat jer diet macam biasa, ok!

Selepas habis tempoh plateau itu nanti berat awak akan turun, turun dan turun semula seperti biasa. Berkemungkinan juga plateau ini akan berulang-ulang sehinggalah awak benar-benar sudah mencapai berat yang ideal. Teruskan tanpa was-was. 


Cuba ukur saiz pinggang, lengan, bahu, paha semuanyalah. Tentu ada beza dari yang sebelumnya. Cuba juga pakai baju atau seluar yang dulunya ketat. Tentu longgar sudah. 


Kalau awak nak tambah lagi ilmu mengenai Teknik Kurus Dengan Atkins boleh beli bukunya, masih lagi OFFER! tawaran adalah terhad.

7 comments:

  1. uhh.. termotivated sudah. tq2. masih berstudy2 pasal nak turunkan berat badan ni. lepas menyusu berhenti, naik banyak wooo

    ReplyDelete
  2. Ok baru tau.. Terpanik pulak berat statik haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai yg panik kalo sampai part ni.. yg penting jangan cheat.. teroskan jer.. air mesti cukop.. good luck!!

      Delete
    2. memang ramai yg panik kalo sampai part ni.. yg penting jangan cheat.. teroskan jer.. air mesti cukop.. good luck!!

      Delete
  3. Thank you.

    Start 17hb July 2017. Pada 31hb July hilang 7.8kg. Timbang semula selepaa tiga hari iaitu pada 3hb August..cuma kurang 400gram je. Timbang pada hari ni..7hb august..takde perubahan. Masih jugak takde perubahan..

    Ada yg cadangkan 'Cheat' kalau berat statik..

    ReplyDelete
  4. Berat badan akan turun kalau kalori yang dimakan dalam sehari lebih rendah dari kalori yang digunakan. Tak kira diet apa sekalipun kalori tetap jadi penentu utama. Boleh baca pasal berat tak turun-turun walaupun lepas berdiet atkin kat sini

    ReplyDelete