Saturday 17 January 2015

Jenis-Jenis Kegemukan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Awak semua sebenarnya tahu tak bahawa kegemukan ni terdiri beberapa jenis? Jika sudah tahu itu bagus, jika belum. Mari baca entri Chue kali ni yang berkaitan dengan Jenis-Jenis Kegemukan.

Perasan atau tidak, di sekeliling kita ada jenis orang yang kita lihat dia gemuk tapi mempunyai potongan yang menarik, dia pakai baju apa pun nampak cantik jer cuma saiz dia jer besar. Ada yang gemuk tapi nampak ketak sana-sini, pantang tersalah pilih material baju atau seluar yang dipakai aduhhh nampak macam sarung nangka. Ada juga yang gemuk tapi nampak macam ringan jer, tak kurang juga yang nampak tak berapa gemuk tapi berat dia boleh tahanlah!!




Sebenarnya kegemukan ni ada 4 jenis. Jom kita sama-sama kupas *kupas jangan tak kupas* apa itu Jenis-Jenis Kegemukan yang dimaksudkan tadi.

Yang Pertama : Gemuk Air
  • Gemuk air terjadi adalah disebabkan oleh badan seseorang itu telah menyimpan kandungan air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Fizikalnya kelihatan menggeleber dan lembik disebabkan oleh kandungan air tadi. Awak cuba bayangkan sebiji belon yang mengandungi air di dalamnya kemudian dipicit-picit, begitulah keadaanya si gemuk air. Mereka yang mengalami gemuk air ini biasanya akan mudah letih dan cepat mengah apabila melakukan aktiviti harian mereka. Jalan pun dah bergegar sana-sini memang taklah mereka nak aktif bersukan. Kena kutuk jerla jawabnya nanti. Senang cerita, golongan ini kurang aktif. Akan tetapi, jika mereka mengamalkan sesuatu plan diet, agak mudah nak kurus, cepat nampak susutlah pendek kata. Sebab nak buang air tak seseksa nak buang lemak dalam badan.
Yang Kedua : Gemuk Angin
  • Gemuk angin adalah lebih kurang sama dengan gemuk air. Lembik-lembik gitu. Golongan yang gemuk angin ni mudah mengalami sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan kerap membuang angin busuk tutttt tu *ehehehe* Golongan ini juga mudah untuk kurus jika mengamalkan diet yang sesuai.
Yang Ketiga : Gemuk Lemak
  • Golongan ini kelihatan seperti belon yang di dalamnya mengandungi tepung bercampur dengan air. HA? macamana tu? tu perumpamaan jer awak. yerla, lemak katanya. Pernah tengok tak bagaimana rupa lemak? haaa macam tulah lemak dalam badan kita semua. Golongan ini kebiasaannya zahir mereka kelihatan seperti bentuk epal. Tak ada cutting lah senang cerita.
Yang Keempat : Gemuk Daging
  • Yes!! inilah jenis gemuk Chue. Gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Eh! bukan biasanyalah, kenyataannya. Kegemukan sebegini adalah disebabkan oleh mangsa *hihi mangsa pun boleh* telah mengalami kegemukan terlalu lama contohnya dari kecil memang dah cecomel bambam alolololoooo gitu. Cuba pegang lengan dan tangan mereka, rasa mampat solid molid jer, tak menggeleber, pejal jer beb! itulah gemuk daging. Golongan sebegini proses untuk kurus agak makan masa sebab lemak sudah bergumpal dengan itu daging. Kena kerja keras untuk mencapai berat ideal. 
Di Malaysia paling mudah nak jumpa mereka dari Jenis-Jenis Kegemukan yang tersenarai ini kerana negara kita kaya dengan aneka jenis juadah jadi hasilnya juga pelbagai jenis kegemukan jugalah, ye tak? 

Makan kita rajin, bersenam kita malas. Ok, terasa! 

1 comment: