Monday 12 January 2015

Tips Hilangkan Bau Mulut

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Kepada pengamal Diet Atkins, kalau awak dah baca entri Macamana Nak Tahu Kita Dah Capai Ketosis? tentu awak dah dapat rasai sendiri perubahan diri sekarang ini dan dah tahu kenapa boleh jadi macam tu. Dalam pada positifnya ketosis ni, ada 1 masalah yang akan dihadapi iaitu bau mulut akibat dari air liur yang telah berubah menjadi pekat.

Ramai yang mencari Tips Hilangkan Bau Mulut dan cara untuk mengatasinya sangatlah mudah.


Sebelum Chue beritahu lanjut mengenai Tips Hilangkan Bau Mulut terutamanya kepada pengamal Diet Atkins, ingin Chue tegaskan di sini bahawa dengan Diet Atkins, kita tak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk membeli bahan masakan mahupun membeli apa-apa gula tiruan, menu olahan atau terlalu mengikutkan keinginan nafsu anak tekak yang nak makan itu ini, craving macam-macam. Kena ingat :

Kita gemuk sebab apa?

Kita nak kurus sebab apa?

Sampai bila kita nak gemuk?

Orang lain berjaya kurus kenapa tidak kita?

Diet Atkins inilah diet yang paling jimat dan best Chue penah jumpa dan apa yang paling penting, ianya membuahkan hasil dalam waktu yang singkat berkat usaha gigih.

Dah! sambung membebel dekat entri yang akan datang pula. hihi.

Mengenai Tips Hilangkan Bau Mulut, awak cuma perlu minum air masak sahaja. Mudah! Bila rasa macam mulut berbau, minumlah air. Kalau rajin, pergilah gosok gigi atau kumur dengan ubat kumur.

JANGAN ambil gula-gula walaupun ianya less sugar atau 0% sugar lah apa lah sebab apabila tekak awak dah mula merasa sesuatu yang manis, mulalah dia akan rasa nak makan macam-macam lagi. Selain ketosis berlalu, diet pun rosak. Diet rosak maka gagallah lagi. Gagallah lagi maka gemuklah selamanya.



3 comments:

  1. Cik Chue...tips yang baik..ingat lagi masa di Korea dulu nampak pekerja disana apabila lepas makan tengah hari terus gosok gigi. budaya yang jarang kita lihat di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! kat sini mase zaman saye sekolah rendah dulu ader la. sekarang xtawu ler bebudak tu didedahkan ngan budaye tu ke x.

      Delete
  2. Best Underpinning products and services this Questionnaire Town you live location. This site offers products and services in the region of fresh downstairs room construction, downstairs room waterproofing, foundation underpinning, cement fracture vehicle repairs, maintaining walls along with window curtain adding.underpinning Sydney

    ReplyDelete