Sunday 18 January 2015

10 Senarai Senaman Mudah Tanpa Peralatan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!


10 Senarai Senaman Mudah Tanpa Peralatan ini amatlah best untuk dilakukan terutama bagi awak yang sibuk bekerja sepanjang hari, pergi pagi balik petang atau malam. Tidak perlu pergi gym. Lakukan sahaja di rumah pada bila-bila masa terluang.

Senaman ini bukan sahaja untuk mereka yang sedang berdiet tetapi sesuai juga untuk mereka yang sememangnya amalkan kehidupan sihat dan mementingkan kesihatan. Jom! pilih dan lakukan sendiri di rumah.

1. Berjalan

Berjalan di sekeliling kawasan perumahan sebenarnya menyeronokkan juga dan mampu mengeluarkan peluh yang banyak tetapi pastikan cuaca elok. Boleh juga cuma berjalan di dalam kawasan rumah sendiri cuma pemandangan agak terhad dan awak akan cepat bosan nanti. Semasa cuaca hujan atau sebagainya, boleh cuba untuk berjalan turun naik tangga di dalam rumah. Jika tidak, sila pilih senaman lain yang sesuai dilakukan ketika cuaca begitu. Senaman sebegini boleh menguatkan kaki dan lutut.

2. Lompat Bintang / Jumping Jack


Senaman ini paling seronok kerana ia teramatlah mudah dan sering menjadi pilihan antara 10 Senarai Senaman Mudah Tanpa Peralatan. Ia boleh dilakukan sambil menonton TV di dalam rumah. Cuma 2 langkah yang dilakukan berulang-ulang mengikut kemampuan seseorang itu. Enjoy, kan?! Senaman ringkas ni adalah antara salah satu senaman kardio yang hebat. Sesuai dijadikan senaman untuk warm up juga.

3. Pumping / Push Up


Ini paling kurang menjadi pilihan kerana ramai yang kata ia susah. Sebab selalu tentera atau pun atlet yang buat, kan? Kita yang tak berapa nak tentera atau atlet ni pun boleh lakukan cuma dengan cara yang agak mudah dan tidak terlalu menyeksa iaitu dengan menggunakan lutut berbanding meluruskan kaki seperti di dalam gambar ini. Senaman ini mampu meningkatkan kekuatan tangan dan bahagian sekitar dada.

4. Apungan Kaki / Leg Lift


Senaman mudah untuk kuatkan kaki. Nampak mudah, cuba lalukan tengok!! 

5. Tekan Tubi / Crunches

Untuk kekuatan perut / abdomen. Jika kepala tidak dapat naik habis, jangan risau asalkan dapat bangun dan anda dapat merasakan tekanan di bahagian perut kira sudah bagus.

6. Berlari Setempat / Jogging In Place

Terbaik untuk jantung. Boleh dilakukan sambil menonton TV juga atau sambil mendengar radio di dalam rumah. Sebaiknya pakailah kasut yang bersesuaian bagi mengelakkan melecet atau berlaku sebarang tekanan di kaki. 

7. Angkat Berat

Tidak perlu membeli peralatan yang mahal-mahal di kedai untuk lakukan senaman ini kerana awak boleh gunakan apa sahaja yang berada di rumah contohnya setin air minuman atau botol yang ada tangkai seperti botol pencuci lantai yang masih berisi. haaa.. boleh jer.

8. Squats


Squats berkesan untuk kaki dan punggung. Jika dirasakan susah, boleh cuba dengan memegang hujung / kepala kerusi. Lakukan berulang-ulang kali.

9. Menari

Dalam 10 Senarai Senaman Mudah Tanpa Peralatan ini paling tidak sengaja dilakukan terutama bagi wanita kerana sambil mengemop lantai sambil menari mengikut rentak muzik yang dimainkan di radio. Ramai tau yang mengemop sambil menari. Sendiri tak perasan bahawa mereka sedang bersenam. hihi. Kalau sambil mengikut apa yang ditonton di TV atau CD lagi best, kan? 

10. Berjalan Setempat / Step Exercises

Biasanya dilakukan menggunakan tangga atau turun naik bangku. Jangan sampai terpelecuk atau tergelincir.

Pilihan di tangan awak, 10 Senarai Senaman Mudah Tanpa Peralatan yang mana mampu untuk dilakukan dan menjadi amalan hidup sihat awak. Tiada masa bukanlah alasan yang sesuai lagi untuk digunakan.

Saturday 17 January 2015

Jenis-Jenis Kegemukan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Awak semua sebenarnya tahu tak bahawa kegemukan ni terdiri beberapa jenis? Jika sudah tahu itu bagus, jika belum. Mari baca entri Chue kali ni yang berkaitan dengan Jenis-Jenis Kegemukan.

Perasan atau tidak, di sekeliling kita ada jenis orang yang kita lihat dia gemuk tapi mempunyai potongan yang menarik, dia pakai baju apa pun nampak cantik jer cuma saiz dia jer besar. Ada yang gemuk tapi nampak ketak sana-sini, pantang tersalah pilih material baju atau seluar yang dipakai aduhhh nampak macam sarung nangka. Ada juga yang gemuk tapi nampak macam ringan jer, tak kurang juga yang nampak tak berapa gemuk tapi berat dia boleh tahanlah!!




Sebenarnya kegemukan ni ada 4 jenis. Jom kita sama-sama kupas *kupas jangan tak kupas* apa itu Jenis-Jenis Kegemukan yang dimaksudkan tadi.

Yang Pertama : Gemuk Air
  • Gemuk air terjadi adalah disebabkan oleh badan seseorang itu telah menyimpan kandungan air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Fizikalnya kelihatan menggeleber dan lembik disebabkan oleh kandungan air tadi. Awak cuba bayangkan sebiji belon yang mengandungi air di dalamnya kemudian dipicit-picit, begitulah keadaanya si gemuk air. Mereka yang mengalami gemuk air ini biasanya akan mudah letih dan cepat mengah apabila melakukan aktiviti harian mereka. Jalan pun dah bergegar sana-sini memang taklah mereka nak aktif bersukan. Kena kutuk jerla jawabnya nanti. Senang cerita, golongan ini kurang aktif. Akan tetapi, jika mereka mengamalkan sesuatu plan diet, agak mudah nak kurus, cepat nampak susutlah pendek kata. Sebab nak buang air tak seseksa nak buang lemak dalam badan.
Yang Kedua : Gemuk Angin
  • Gemuk angin adalah lebih kurang sama dengan gemuk air. Lembik-lembik gitu. Golongan yang gemuk angin ni mudah mengalami sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan kerap membuang angin busuk tutttt tu *ehehehe* Golongan ini juga mudah untuk kurus jika mengamalkan diet yang sesuai.
Yang Ketiga : Gemuk Lemak
  • Golongan ini kelihatan seperti belon yang di dalamnya mengandungi tepung bercampur dengan air. HA? macamana tu? tu perumpamaan jer awak. yerla, lemak katanya. Pernah tengok tak bagaimana rupa lemak? haaa macam tulah lemak dalam badan kita semua. Golongan ini kebiasaannya zahir mereka kelihatan seperti bentuk epal. Tak ada cutting lah senang cerita.
Yang Keempat : Gemuk Daging
  • Yes!! inilah jenis gemuk Chue. Gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Eh! bukan biasanyalah, kenyataannya. Kegemukan sebegini adalah disebabkan oleh mangsa *hihi mangsa pun boleh* telah mengalami kegemukan terlalu lama contohnya dari kecil memang dah cecomel bambam alolololoooo gitu. Cuba pegang lengan dan tangan mereka, rasa mampat solid molid jer, tak menggeleber, pejal jer beb! itulah gemuk daging. Golongan sebegini proses untuk kurus agak makan masa sebab lemak sudah bergumpal dengan itu daging. Kena kerja keras untuk mencapai berat ideal. 
Di Malaysia paling mudah nak jumpa mereka dari Jenis-Jenis Kegemukan yang tersenarai ini kerana negara kita kaya dengan aneka jenis juadah jadi hasilnya juga pelbagai jenis kegemukan jugalah, ye tak? 

Makan kita rajin, bersenam kita malas. Ok, terasa! 

Monday 12 January 2015

Tips Hilangkan Bau Mulut

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Kepada pengamal Diet Atkins, kalau awak dah baca entri Macamana Nak Tahu Kita Dah Capai Ketosis? tentu awak dah dapat rasai sendiri perubahan diri sekarang ini dan dah tahu kenapa boleh jadi macam tu. Dalam pada positifnya ketosis ni, ada 1 masalah yang akan dihadapi iaitu bau mulut akibat dari air liur yang telah berubah menjadi pekat.

Ramai yang mencari Tips Hilangkan Bau Mulut dan cara untuk mengatasinya sangatlah mudah.


Sebelum Chue beritahu lanjut mengenai Tips Hilangkan Bau Mulut terutamanya kepada pengamal Diet Atkins, ingin Chue tegaskan di sini bahawa dengan Diet Atkins, kita tak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk membeli bahan masakan mahupun membeli apa-apa gula tiruan, menu olahan atau terlalu mengikutkan keinginan nafsu anak tekak yang nak makan itu ini, craving macam-macam. Kena ingat :

Kita gemuk sebab apa?

Kita nak kurus sebab apa?

Sampai bila kita nak gemuk?

Orang lain berjaya kurus kenapa tidak kita?

Diet Atkins inilah diet yang paling jimat dan best Chue penah jumpa dan apa yang paling penting, ianya membuahkan hasil dalam waktu yang singkat berkat usaha gigih.

Dah! sambung membebel dekat entri yang akan datang pula. hihi.

Mengenai Tips Hilangkan Bau Mulut, awak cuma perlu minum air masak sahaja. Mudah! Bila rasa macam mulut berbau, minumlah air. Kalau rajin, pergilah gosok gigi atau kumur dengan ubat kumur.

JANGAN ambil gula-gula walaupun ianya less sugar atau 0% sugar lah apa lah sebab apabila tekak awak dah mula merasa sesuatu yang manis, mulalah dia akan rasa nak makan macam-macam lagi. Selain ketosis berlalu, diet pun rosak. Diet rosak maka gagallah lagi. Gagallah lagi maka gemuklah selamanya.



Sunday 11 January 2015

Tips Makan Telur Untuk Atkiners

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Menu lulus atkins yang paling mudah, murah, banyak dan mengenyangkan semestinya Telur Ayam.


Selain dari ayam goreng, Chue memang makan telur ayam setiap hari, untuk sarapan pagi Chue makan telur rebus manakala telur dardar pula Chue makan waktu petang. Ramai yang hairan, bagaimana mudah betul Chue telan telur rebus setiap hari, pagi-pagi pula tu.

Maka dengn itu, Chue akan kongsikan Tips Makan Telur Untuk Atkiners.



Nah! inilah dia Tips Makan Telur Untuk Atkiners, iaitu tempoh ia direbus. Sila rujuk gambar di atas, pilih telur rebus ikut selera awak. Pilihan Chue adalah 7 & 9 minit. Sedap! Sedap! Sedap!
Kalau kering sangat, payah wooo nak telan.

Bagi yang gemar makan telur separuh masak - 3 minit pula, bolehlah tambahkan dengan serbuk lada hitam atau serbuk lada putih yang ditumbuk sendiri. Jangan sesekali letak kicap yea awak.


Tempoh rebusan berikut dikira setelah air mendidih.

Semoga Tips Makan Telur Untuk Atkiners ini dapat membantu awak mulakan langkah positif dan yakin untuk kurus dengan Diet Atkins tanpa kantoi tau!

Tak perlu modal yang besar pun kita semua boleh kurus dengan mudah. Yakin!!

Saturday 10 January 2015

Tips Turun Berat Badan Dalam Seminggu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Awak, Chue kongsikan Tips Turun Berat Badan Dalam Seminggu. Tips baik punyer tu.

Sebagaimana yang terkandung dalam Teknik Kurus Dengan Diet Atkins awak mesti sudah mulakan Diet Atkins ini dengan penuh bersedia. Letakkan target dan fokus dengan apa yang awak buat. Jika tidak, awak gemuklah sampai bila-bila. Pakailah baju yang sendat-mendat selamanya. Makan hati jerlah tengok orang pakai baju cantik-cantik, longgar-longgar menutup aurat tanpa kelihatan lemak-lemak timbul. Jeles selamanya tengok gambar gegadis selfie tanpa menahan nafas atau berselindung di belakang orang lain atau apa-apa objek. Haaaa fikirkan baliklah apa yang Chue bebelkan ni ekk.


Tips Turun Berat Badan Dalam Seminggu yang Chue nak kongsikan ni mudah jer nak ikut. Malas bersenam pun takpe jer. Sebab Chue sendiri kurang bersenam kecuali berjalan sana sini di kawasan tempat kerja. Sesekali jer kalau ada masa terluang, Chue berjalan keliling kawasan rumah selama setengah jam atau lebih.

Awak hafal kan Menu Apa Yang Boleh Dimakan Semasa Beratkins jadi, Tips Turun Berat Badan Dalam Seminggu adalah menu-menu itu. Yang pengamal Diet Atkins gelarkan 'Diet Clean'. Makan menu-menu yang tersenarai dalam senarai itu tanpa gagal. 

Setiap hari? YA! setiap hari. 

Elakkan mengambil produk olahan yang dihasilkan untuk pengamal diet rendah karbohidrat yang terdapat di pasaran tu seperti mi shirataki atau yang sewaktu dengannya kerana kita tak pasti kandungan yang tersembunyi.

Air masak mesti cukup secukup-cukupnya. Jangan skip waktu makan. Makan sampai kenyang.

Lihat hasilnya nanti, in shaa Allah setakat 5-6kgs dalam seminggu, apalah sangat dengan Diet Atkins ni. Makan sedap-sedap pun kurus jugak, lebih power dari makan produk yang menghabiskan duit jer tu kan awak? Betapa mudah nak Kurus Dengan Diet Atkins ni. Jangan tangguh lagi!

Tips Turun Berat Badan Dalam Seminggu yang Chue kongsikan ini awak mesti amalkan sepanjang tempoh induction/induksi. Tak perlulah duduk lama-lama dalam Fasa 1.


Sunday 4 January 2015

Kursus Urutan Tradisional Wanita Johor Bahru

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Chue nak war-warkan berita mengenai Kursus Urutan Tradisional Wanita Johor Bahru. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :


Lokasi : Homestay Tok Wan Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru *mungkin ada perubahan
Tarikh : 6hb & 7hb Februari, 2015 [2 hari]
Masa : 9.30pagi hingga 6.00petang

Modul Yang Akan Diajar :
  • Urutan tradisional Melayu 1 badan
  • Urutan wanita hamil
  • Urutan wanita lepas bersalin
  • Cara bertungku dengan betul
  • Urutan untuk bayi
  • Urutan menaikkan seri muka & mantapkan aset wanita
  • Cara membuat mandi bunga [menaikkan seri wajah, buang aura negatif, buang energy negatif]
  • Doa untuk urutan dan menaikkan seri wajah pelanggan
  • Cara membuat minyak urut resepi warisan keluarga
  • Kenali point badan manusia
  • Cara pemakaian bengkung dan membuat masakan untuk wanita dalam pantang
  • Cara memulakan perniagaan urutan tradisional, mobile spa dan khidmat penjagaan wanita dalam pantang
  • BONUS urutan refleksologi
  • Sijil disediakan
  • Tenaga pengajar berpengalaman

Yuran : RM500 - tambahan RM60 untuk peserta yang memerlukan penginapan

Tenaga pengajar untuk Kursus Urutan Tradisional Wanita Johor Bahru yang akan diadakan ini adalah dari Auranita Training & Consultancy [Islamic Medic Spa] Kubang Kerian, Kelantan.

Untuk pengetahuan, tenaga pengajar tersebut telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK Kementerian Sumber Manusia Vocational Training Officer.

Sijil yang bakal diperolehi oleh peserta Kursus Urutan Tradisional Wanita di bawah bimbingan mereka boleh dijadikan lampiran bagi permohonan Sijil Kemahiran Malaysia.

Jadi! kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi pihak penganjur dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad.

Nama Penganjur : Cik Umi
No. Telefon : 019-7932780

Friday 2 January 2015

Sumbangan Untuk Mangsa Banjir




Assalammualaikum Geng chue sekalian yang baik hati, yang perihatin lagi dermawan. Di sini chue nak ajak awak semua join program "Al-Quran For You"
anjuran Denaihati.com yang mana ini adalah Sumbangan Untuk Mangsa Banjir yang beragama islam.

Setiap senaskhah Al-Quran Tafsir ini mengandungi 5 bahagian, setiap 1 bahagian sumbangan yang diperlukan hanyalah RM5 akan tetapi jika awak dengan seikhlas hati ingin menyumbang senaskah penuh maka jumlah yang perlu awak salurkan adalah sebanyak RM25 dan begitulah seterusnya.

Status sumbangan setakat ini adalah : 155 bahagian 
*masih banyak lagi yang diperlukan

Untuk menyalurkan sumbangan tersebut, awak perlu masukkan wang Sumbangan Untuk Mangsa Banjir tersebut ke :

Nama Akaun : DH Resources
No. Akaun : 562834616817
Nama Bank : Maybank
Email : admin@denaihati.com

Seterusnya awak perlu klik Program Wakaf Al-Quran Tafsir dan isi setiap ruangan maklumat penting yang diperlukan.

Terima kasih banyak-banyak chue ucapkan di atas kesudian dan budi baik awak semua. Semoga sumbangan ikhlas ini menjadi sebahagian dari saham akhirat untuk kita. In shaa Allah.