Tuesday 30 December 2014

Masalah Bau Ketiak

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Masalah Bau Ketiak!! 



Busukkan? Boleh buat orang yang terhidu bau ni muntah. Jangan kata bau ketiak orang lain, bau ketiak sendiri pun boleh muntah sampai pengsan. Lagi-lagi bagi mereka yang kuat berpeluh walaupun hanya bekerja di dalam pejabat. Bayangkan pula mereka yang bekerja di bawah sinaran matahari, angkat ini dan angkat itu.

Cara untuk mengatasi Masalah Bau Ketiak ini Chue sarankan awak atau mereka sekeliling yang mengalami masalah begini menggunakan produk keluaran Total Image yang diberi nama Smelly-No-More.



Sangat-sangatlah berkesan kerana Chue sendiri mengamalkan penggunaan Smelly-No-More ini walaupun tiada masalah tetapi kan elok mencengah. Lebih yakin ketika berada di khalayak ramai. Nak pakai minyak wangi pun tak perlu risau akan ada campuran bau lain yang kurang menyenangkan. 

Smelly-No-More ini sebenarnya adalah Tawas tetapi sudah dikomersialkan dalam packaging yang menarik dan mudah digunakan. Ada juga yang mengeluarkan produk toner tawas, sabun pencuci muka tawas dan sebagainya. Orang dulu-dulu gunakan tawas untuk menjernihkan air dalam kolah atau tempayan dari karat yang dibawa dari besi paip.

Teringat masa zaman sekolah dulu, manalah emak ayah nak belikan sangat deodorant yang mereka panggil 'odorono' atau minyak wangi untuk kita pakai. Baik mereka beli barang lain untuk kegunaan seisi keluarga. Jadi, bagi mengelakkan Chue rasa tidak selesa semasa beraktiviti di sekolah, kakak Chue belikan tawas yang dari kedai runcit, kilo punya. Amekaw! kasar-kasar teksturnya, bertahan jerla masa tu. 



Oh! ya, bagi yang belum pernah guna. Chue boleh ajar, semudah 123 ABC Alif Ba Ta jer. Samada Smelly-No-More atau Tawas, awak hanya perlu sabunkan pada bahagian ketiak sampai berbuih dan kemudian sapukan Smelly-No-More atau Tawas ini di bahagian yang sama. Awak akan dapati sabun itu menjadi ketulan kecil seperti daki yang berwarna putih. Amalkan setiap hari waktu mandi atau boleh jugak seminggu sekali ikut keperluan masing-masing. Semoga ini dapat membantu awak dalam mengatasi Masalah Bau Ketiak. 

Sesuai juga untuk dijadikan hadiah. hekhek

Monday 29 December 2014

Dah Diet Atkins, Tak Cheat Pun Tapi Berat Statik

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Macamana diet? Ok tak? Berat turun banyak tak? Apa?? Berat turun awal-awal jer, pastuh tak turun dah? Padahal Dah Diet Atkins, Tak Cheat Pun Tapi Berat Statik. Risau?

Jangan risau. Jangan risau tau awak. Itu adalah proses normal. Ia dinamakan 'Plateau' atau dalam bahasa mudah 'muscle gain' atau mudah lagi, pembentukan otot / pembinaan otot. Kalau digambarkan dalam bentuk graf macam kat bawah ini, tentu lagi mudah awak nak faham.

Plateau yang digambarkan dalam bentuk graf

Berat awak akan turun banyak pada awal diet dan statik secara tiba-tiba dalam beberapa tempoh. Itulah yang dinamakan plateau tadi. Berat statik sebab berlakunya proses pembentukan otot. Dari lembik nak jadi mampat isinya itu yang tiada proses penurunan berlaku. Malah ada sesetengah orang beratnya naik sedikit. Maunyer tak panik?!! 

Apa perlu dilakukan jika Dah Diet Atkins, Tak Cheat Pun Tapi Berat Statik?

Awak perlu bersenam sekurang-kurangnya 30minit setiap hari atau lebih lagi bagus. Buat aktiviti yang mampu mengeluarkan peluh. Dan! jangan sesekali 'cheat' atau menipu dalam berdiet, jangan suka-suka makan apa yang dilarang dalam Diet Atkins. Buat jer diet macam biasa, ok!

Selepas habis tempoh plateau itu nanti berat awak akan turun, turun dan turun semula seperti biasa. Berkemungkinan juga plateau ini akan berulang-ulang sehinggalah awak benar-benar sudah mencapai berat yang ideal. Teruskan tanpa was-was. 


Cuba ukur saiz pinggang, lengan, bahu, paha semuanyalah. Tentu ada beza dari yang sebelumnya. Cuba juga pakai baju atau seluar yang dulunya ketat. Tentu longgar sudah. 


Kalau awak nak tambah lagi ilmu mengenai Teknik Kurus Dengan Atkins boleh beli bukunya, masih lagi OFFER! tawaran adalah terhad.

Sunday 28 December 2014

Mana Elok? Penimbang Digital Atau Penimbang Jarum?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Gegadis dan jejaka di luar sana selain tak dapat dipisahkan dengan mekap, aksesori atau apa sahaja yang berkaitan dengan kecantikan, kesihatan, gadget, teknologi dan sebagainya. Penimbang juga menjadi rakan karib gegadis atau jejaka terutama yang tengah giat dengan memane plan diet. Chue pun tak terkecuali.

Entri hari ini Chue nak berkongsi cerita tentang alat penimbang berat badan yang Mana Elok? Penimbang Digital Atau Penimbang Jarum?

Bagi Chue, kedua-duanya adalah ELOK selagi belum rosak. haaaaa.. tak salah kan Chue taip cenggitu? Alorhhh, jangan marahlah geng! gurau sikit jer kot. senyumm.. senyummm...

OK, Alat penimbang ni ada macam-macam juga sebenarnya kat pasaran. Yang masukkan duit 20sen kat pasaraya ada, yang siap boleh menjerit kata kita gemoklah "ANDA GEMUK!" pun ada. Sakit pula hati kita. Tapi tu semua untuk lanyak reramai. Tak best langsung! Berat kita kan rahsia kita. Tak Gitu?! *maklumlah obes kauuu*

Senang cerita awak beli jer 1 untuk kegunaan sendiri. Takyah nak kongsi-kongsi *kali ini xyah sharing-maring sangat* Awak boleh pilih, nak yang cuma tunjukkan bacaan berat sahaja atau yang ada bacaan lebih terperinci pun ada. Sediakan duit jer awak oi!

Jom! kita baca sedikit perbandingan dari Chue mengenai penimbang. Mana Elok? Penimbang Digital Atau Penimbang Jarum?


Penimbang warna pink ini Chue punya sendiri, beli dekat Pasaraya Giant dengan harga RM39.90 Penimbang ini cuma menunjukkan berat badan sahaja.



Yang ini pula bukan Chue punya, ambil dari google sahaja untuk bahan rujukan awak. Penimbang inilah yang Chue beritahu tadi boleh beri kita bacaan dengan lebih terperinci. Boleh dibeli di mana-mana cawangan Cosway. Harga kalau tak offer mungkin RM100+ Beli time offerlah, murah sikit.


Penimbang berat dalam jarum pula selalu mengecewakan Chue, selain mudah rosak ia juga tidak berapa tepat bacaannya. Bukan apa, dah 2-3 juga Chue beli penimbang jarum semuanya cepat rosak. Bacaan lari dalam 5kgs gitu. Ianya sensitif. Tidak boleh terhentak-hentak. Tidak boleh dikongsi beramai-ramai. Macam dekat hospital, penimbang sebegini yang diguna. Chue punya berat lari 10kgs lebih dari yang Chue timbang sendiri menggunakan penimbang digital pink tu ha. Sedih!

Kesimpulannya, PENIMBANG DIGITAL adalah yang terbaik dan lebih tepat! nampak kenaikan atau penurunan walaupun cuma segram. Dan terpulang juga pada awak yang membuat pilihan. Alah Membeli, Menang Memakai.

Tips: Waktu ideal untuk timbang berat badan adalah pada waktu pagi selepas mandi, selepas buang air kecil dan besar sebelum makan atau minum apa-apa hidangan. 


Awak, buku Teknik Kurus Dengan Atkins tengah OFFER tau sekarang! baik awak beli sebelum harga naik semula. Sesama kita pelajari dan praktikkan cara hidup sihat selamanya.

Saturday 27 December 2014

Boleh Tak Kita Nak Periksa Ketosis?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Merujuk pada tajuk entri kali ini Boleh Tak Kita Nak Periksa Ketosis? ia merupakan persoalan juga kan? iya kan?

Pengamal Diet Atkins yang berjaya mencapai tahap ketosis tentu sudah merasai dan mengalami sendiri tanda-tanda yang macam Chue kongsikan dalam entri Macamana Nak Tahu Kita Dah Capai Ketosis? Badan Dah Lain Macam Jer Ni betul tak? Kalau betul, angguk. ha, gitu!

Sebenarnya, dengan merasai sahaja belum cukup puas hati selagi kita tidak melihat sendiri bukti kejadian itu. *kejadian eh?* Kita boleh jer nak periksa dan melihat sendiri tahap ketosis kita tu menggunakan Ketone Strip. 


Ketone Strips / Strips For Urinalysis Test

Ketone Strip ini boleh dibeli di farmasi atau boleh juga dibeli secara online melalui agen yang berkenaan Nadiyah Abdul atau Farihah Zulkifle / ES & EF. Private Message diorang, nanti adalah lah tu respon. Harga lebih kurang RM27+ macam tu lah. Ada 100strips di dalam 1 botol. So, boleh periksa tahap ketosis masing-masing setiap pagi. Sampai puas hati.



Cara Penggunaan : 

Lakukan ujian ke atas air kencing/urine awak sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa sarapan. Letakkan air kencing/urine awak dalam bekas yang sesuai dan celupkan ketone strip ke dalam air kencing/urine selama 1 hingga 2 saat. Jangan terlalu lama atau terlalu sekejap. 

Pastikan bahagian strip *yang petak tu* tercelup sepenuhnya ke dalam air kencing/urine.

Bandingkan keputusan ujian awak tu dengan 6 warna yang terdapat pada botol ketone strip itu dan keputusan selepas 1 minit tidak boleh diguna pakai lagi.

Cara Penjagaan :

Simpan ketone strips tu baik-baik. Jangan terdedah kepada persekitaran yang panas atau lembab. Buka penutup dengan pantas semasa hendak mengambil strip di dalamnya dan tutup dengan pantas. Jangan sesekali menyentuh ujung strip *yang petak tu*. Kalau nak pegang juga, buang terus selepas itu kerana ia sudah tidak boleh digunakan lagi. Ketone strips ini adalah sangat sensitif dan apabila awak dah buka penutupnya untuk pertama kali penggunaan, ia hanya dapat bertahan dalam tempoh sebulan atau jika tidak dijaga dengan baik ia akan mudah rosak sebelum tempoh tamat yang sepatutnya.

Setelah persoalan Boleh Tak Kita Nak Periksa Ketosis sudah terjawab, ini pula adalah jawapan untuk persoalan seterusnya yang belum disoal. hihihihi.



Jadual Keputusan Ketone Strips Khas Untuk Pengamal Diet Atkins Sahaja

  • Peach Cair/Negative                 :  Menunjukkan awak belum di peringkat ketosis iaitu awak masih mengambil terlalu banyak karbohidtar dalam menu harian *mesti 20gm  karbohidrat jika masih dalam fasa induction/induksi

  • Pink Cair/Trace 5                      :  Awak dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku.

  • Merah Muda/Small 15              :  Awak dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku.

  • Ungu Muda/Moderate 40         :  Awak dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku.

  • Maroon/Ungu/Large 80 & 160 :  Awak dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Sila pastikan awak mengambil air masak 3 liter sehari. Jika air sudah mencukupi tetapi keputusan ketosis masih begini, awak tak perlu risau. Teruskan sahaja sampai mencapai berat ideal.


Nota : Ketone Strips ni ada macam-macam rupa di pasaran sana. Yang Chue bagi ini adalah salah satu daripadanya sahaja.

Awak juga boleh membeli secara online dan pelajari banyak lagi mengenai Diet Atkins yang mana semuanya terkandung dalam buku Teknik Kurus Dengan Atkins ia dijamin berbaloi!

Friday 26 December 2014

Seksanya Nak Minum Air Masak Banyak-Banyak

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Ramai pengamal Diet Atkins yang komplen tak mampu atasi betapa Seksanya Nak Minum Air Masak Banyak-Banyak. Sebenarnya memang lumrah, bukan pengamal Diet Atkins jer, mereka yang amalkan diet lain atau yang tidak diet pun merungut hal yang sama.


Ingat!! Badan kita memerlukan air yang cukup

Chue tak mampu nak terangkan secara terperinci atau menggunakan bahasa saintifik canggih-manggih tu tapi apa yang Chue boleh beritahu adalah kita wajib minum air masak secukupnya setiap hari *sekurang-kurangnya 8 gelas atau 1liter untuk setiap 25kgs berat badan. 

Untuk mengatasi Seksanya Nak Minum Air Masak Banyak-Banyak ni, cubalah awak sediakan air masak suam. Atau kalau awak jenis suka yang sejuk, pun boleh. Diet Atkins tidak melarang pengamalnya minum air sejuk kosong atau yang berais janji bukan air yang ditambah gula atau susu.

Macam Chue sendiri contohnya, waktu pagi wajib sediakan air panas menggelegak *dalam botol yang sesuai* sebab nanti dah suam senang nak minum habis 2liter tu. *Bukan sekali telan tau, agak-agaklah korang pon..haha* Letak dalam pejabat berhawa dingin, sekejap jer nak jadi suam. Selepas makan tengahari pula Chue sediakan air panas menggelegak juga tetapi yang ditambah dengan rendaman seuncang BOH Green Tea sebanyak 1liter macam tu. Selebihnya lagi 200ml Chue minum lepas atau sebelum makan malam *4jam sebelum tidur.

Untuk pengetahuan, minum air yang banyak adalah pada waktu siang ye. Malam minum sedikit sahaja supaya tidak mengganggu buah pinggang. *Dan mengelak awak ngompol/kencing malam di tempat tidur. hihi

Nota penting : Minum air silalah dalam keadaan duduk kerana itu adalah Sunnah.

Semoga Tidak Terseksa Lagi!!


Jom Tempah Buku Pelbagai Teknik Kurus Dengan Atkins Sekarang!!

Thursday 25 December 2014

Contoh Bahan Masakan Lulus Diet Atkins

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Selepas awak baca dan fahami dalam-dalam mengenai Menu Apa Yang Boleh Dimakan Semasa Beratkins & Menu Apa Yang Tak Boleh Dimakan Semasa Beratkins awak mesti terfikirkan bagaimana rupa Contoh Bahan Masakan Lulus Diet Atkins pula, betul tak? Yerla, kena buat stok kan? Top-up stok at least seminggu sekali. Bahan sentiasa ada. Barulah diet tak tersasar.

Bagi yang bekerja sudah tentu nak sesuatu yang mudah disediakan. Chue sendiri memilih ayam dan telur sebab selain memang suka sangat makan ayam *tak penah jemu* ia juga mudah disediakan - gaul dengan garam, goreng! Telur pula murah, banyak, sedap dan berkhasiat. Sayuran yang selalu menjadi pilihan Chue ialah sayur kailan *digoreng bersama dengan garam dan bawang kecil sahaja, tapi tak makan bawang tu*

Kalau teringin nak makan menu berkuah, sup sayur campur pilihan Chue. Sayur yang best tuk sup dah tentulah Sawi dan Chue paling suka letak sikit Chinese Cabbage. Lepas tu ikut awaklah nak letak ayam ke, daging ke. Tambah Halia ke, tambah Serbuk lada putih ke. Mau kasi pedas, letaklah cili tapi jangan makan cili tu. Selera masing-masing. Nak makan sup setiap hari pun boleh.

Entri yang akan datang in shaa Allah Chue letaklah gambar apa menu-menu yang berkaitan tu ekk. Kalau rajin nanti Chue bagi sekali resepi. So, selain doakan Chue kurus doakan sekali agar Chue rajin selalu *hekhek

Hari ini Chue selesaikan dulu perkongsian mengenai Contoh Bahan Masakan Lulus Diet Atkins :



Contoh Bahan Masakan Lulus Diet Atkins 1 :               
Chinese Cabbage, Halia, Serbuk Lada Putih, Kailan, Ayam 


Contoh Bahan Masakan Lulus Diet Atkins 2 :               
Minyak Masak, Ayam, Cauliflower, Timun Jepun 


Contoh Bahan Masakan Lulus Diet Atkins 3 :                
Telur Ayam 


psssttt nota tak penting : perasan tak Chue xder beli ikan? walaupun lulus atkins, Chue jarang makan ikan. Ayam selamanya. tapi kalau ikan dah siap terhidang, Chue ngap jugak. hihihihi


Wednesday 24 December 2014

Ada Tak Cara Untuk Berjaya Dalam Induction/Induksi?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Kita kalau berdiet tentu mengharapkan hasil kan? Tak kiralah diet dengan produk atau tanpa produk, semua nak yang nampak hasil. Cuma bezanya ada yang boleh bersabar dan ada yang tidak. Yang mengharapkan keajaiban pun tak kurang juga.

Tapi bagi pengamal Diet Atkins ni ramai yang penyabar orangnya, tak gitu? Yerla, bukan senang nak kawal nafsu makan tanpa menelan apa-apa produk tahan lapar. Cuma perlu kawal menu, kawal nafsu dan maintain ketosis secara semulajadi jer pun boleh berjaya. In shaa Allah. Dalam dok sabar tu ada juga yang nak tahu samada Ada Tak Cara Untuk Berjaya Dalam Induction/Induksi?

Chue awal-awal dulu pun tertanya Ada Tak Cara Untuk Berjaya Dalam Induction/Induksi? Alhamdulillah.. jawapannya ADA. nak tahu, baca sampai habis.
  1. Kira karbohidrat bersih anda
  2. Makan sayur-sayuran anda untuk mengelakkan sembelit
  3. Minum air anda *1liter untuk setiap 25kg berat badan
  4. Ambil sedikit garam untuk mengelakkan mengalami kelemahan, sakit kepala, kekejangan otot
  5. Makan 4-6 auns protein dimasak pada setiap waktu makan *bergantung kepada ketinggian dan jantina
  6. Makan cukup lemak untuk berasa puas hati
  7. Lihat karbohidrat tersembunyi
  8. Catatkan apa yang anda makan dalam jurnal pemakanan setiap hari
  9. Lihat kalori anda *walaupun anda tidak perlu mengira kalori pada Atkins
  10. Lihatlah dalam kabinet ubat anda *ubat-ubatan boleh melambatkan penurunan berat anda 
Sumber : KDAM

Tuesday 23 December 2014

Syarat-Syarat Induction/Induksi

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Hari ini adalah giliran entri Syarat-Syarat Induction/Induksi :
  • Pastikan minum air secukupnya [1liter untuk setiap 25kgs berat badan] *Ini tersangatlah penting!
  • Pastikan awak makan 3 kali sehari [saiz makanan biasa] atau 4-5 kali sehari [portion yang kecil]
  • Jangan sesekali malas makan sebab awak akan terasa sangat lapar nanti dan sukar mengawal emosi dan nafsu makan.
  • Makan malam biarlah sebelum pukul 8.00pm atau 4jam sebelum tidur.
  • Jangan ponteng makan kerana ini akan menyebabkan badan dalam keadaan mood lapar & metabolisma akan menurun.
  • Makan 20gram karbohidrat sehari sahaja. *Baca label pada produk di pasaraya. 
  • Sebaik-baiknya makan makanan yang dibeli dari pasar seperti ayam, daging, ikan kerana kandungan karbohidratnya adalah 0 *sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6gram karbohidrat
  • Ambil suppliment seperti spirulina dan vitamins untuk lebih menyihatkan lagi badan. *Pastikan produk tidak mengandungi gula
  • Hati-hati dengan makanan yang dibeli di kedai, kemungkinan besar dimasak dengan gula seperti tom yam dan sup. 

Sumber : KDAM

Monday 22 December 2014

Menu Apa Yang Boleh Dimakan Semasa Beratkins?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Dalam pada banyak yang pengamal Diet Atkins tidak dibenarkan makan, masih banyak lagi menu yang DIBENARKAN sepanjang anda mengamalkan diet ini. Sedap sedap plak tuh! hihi

Jom kita sama-sama hafal senarai Menu Apa Yang Boleh Dimakan Semasa Beratkins, supaya senang nak buat stok :
  1. Ayam : Panggang, Steam, Bakar, Sup, Digoreng tanpa tepung dan serbuk kunyit
  2. Ikan : Sama macam ayam 
  3. Daging : Rusa, Lembu, Kambing, *Buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, daging salai [Pastikan daging yang HALAL]
  4. Udang : Bakar, Tomyam, Goreng dengan cili boh *Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi
  5. Sayur : Terutamanya sayuran hijau *Lagi hijau lagi bagus! - kurangkan lobak merah
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan *Limit 2-3 keping sehari
  7. Air Kosong / Air mineral *1liter untuk setiap 25kgs berat badan
  8. Burger : Daging sahaja, roti semua tu jangan dimakan [pastikan burger yang rendah karbohidrat akan tetapi tidak digalakkan untuk yang masih di Fasa 1]
  9. Suppliment & Vitamin : Spirulina, Multivitamins * Untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan
  10. Rumpai laut
  11. Minyak 
  12. Garam
  13. Herba : Teh Herba Orang Kampung 
  14. Rempah-ratus

Sumber : KDAM

Sunday 21 December 2014

Menu Apa Yang Tak Boleh Dimakan Semasa Beratkins?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Diingatkan bahawa pengamal Diet Atkins DILARANG SAMA SEKALI makan menu dibawah ini sepanjang anda beratkins, terutama yang masih di Fasa 1 [Induction / Induksi]

*Ikutkan tempoh Fasa 1 adalah 2  minggu sahaja, tetapi itu untuk yang tidak berapa obes. Untuk yang obes macam Chue boleh lah lama tempoh induksinya tu. Sebelum bertukar ke Fasa 2.*

Menu Apa Yang Tak Boleh Dimakan Semasa Beratkins tersebut? Lihat di bawah ini, hafal tau!
  1. Nasi
  2. Mi : Mihun, Laksa, Laksang, Spaghetti, Fettucini, Vermicelli, Kuew Tiau dan yang sebangsa dengannya
  3. Roti : Roti berserat, Roti Bun, Roti Boy, Roti Canai, Roti Jala, Roti Bakar, Roti Pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya samada berinti atau tidak
  4. Gula : Gula pasir, Gula melaka, Gula Merah, Madu, Gula-Gula, Aiskrim dan apa-apa yang bergula tinggi
  5. Buah-buahan : Tak kiralah apa pun jenis buah terutama sekali pisang *23.7gram karbohidrat sebiji
  6. Minuman Bergula : Jus buah-buahan, Barli, Air Bergas *Coke, Pepsi, 100plus
  7. Segala jenis snek *twisties, jeruk dan sebagainya
  8. Segala jenis Kekacang
  9. Makanan Berproses : Bebola Ikan, Bebola Sotong, Bebola Ayam
  10. Makanan Bertepung : Kek, Biskut, Kuih-Muih dan semua produk bergandum
  11. SOS & Kicap
  12. Produk Tenusu : Susu, Yogurt, Dadih tak kira rendah lemak atau tidak
  13. Sayuran berkarbohirat tinggi : Kentang, segala jenis Ubi, Lobak

Kurangkan makan makanan berproses walaupun rendah karbohidrat *burger / sosej

Kurangkan pengambilan kopi walaupun ianya tidak ditambah dengan gula atau pun susu

Elakkan makan serbuk perasa *aji no moto atau brand lain yg sewaktu

Elakkan menggoreng ikan atau ayam dengan menggaulkan ia bersama serbuk kunyit tetapi gunakan kunyit hidup adalah dibenarkan


Sumber : KDAM

Saturday 20 December 2014

Macamana Nak Tahu Kita Dah Capai Ketosis? Badan Rasa Lain Macam Jer Ni.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Chue pasti ramai pengamal Diet Atkins risau akan perubahan yang berlaku diawal-awal memulakan diet ini. Kawal menu sudah, minum air masak yang mencukupi pun sudah *1liter untuk setiap 25kg berat badan* tapi kenapa badan rasa tak ok? Lain sangat perubahan. Nak demam rasa.

Diet ni tak sesuai atau bagaimana? Takutlah nak teruskan.

Hari ini punya entri memang Chue nak jelaskan kenapa jadi macam tu.

Itu adalah tanda-tanda Ketosis laaaa. Jangan takut. Positif terima perubahan yang baik ok geng! Teruskan sampai berjaya. Kekalkan Ketosis sepanjang beratkins.

Antara tanda-tanda itu adalah seperti :
  • Nafas Berbau
  • Pening untuk permulaan *proses penukaran sumber tenaga*
  • Lesu pada permulaan *proses penukaran sumber tenaga, mungkin dalam 3hari berturut-turut*
  • Air kencing menjadi pekat *kalau tak cukup minum air*
  • Tenaga bertambah *selepas 3 atau 4 hari* - rajin lain macam jer nanti.. tengoklahh..
  • Selera makan berkurang 
  • Mulut kering *lebihkan minum air*
  • Tekak rasa pahit
  • Air liur pekat
  • Jerawat naik, bisul, ruam *kesan dari toksin fat yang berkumpul lama dalam badan, hilang apabila toksin di dalam badan berkurangan*
  • Sembelit *boleh makan fiber psyllium husk atau minum teh herba orang kampung*
Jika ada tanda-tanda berikut yang berlaku, walau tak semua tetapi salah satu pun ok jer. Itu bermaksud proses penurunan berat badan akan berlaku. 

In Shaa Allah.. Usaha.. Yakin.. Fokus!!

*Kesan ke atas setiap orang adalah tidak sama.

Sumber : KDAM

Friday 19 December 2014

Macamana Ketosis Boleh Terjadi?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Bagi yang dah mulakan Diet Atkins, awak adalah pengamal Diet Atkins.. haaahahahahaha tu semua orang tahu.. kikiki

Ok, Ok.. kali ni Chue nak terangkan lagi mengenai Ketosis. Ramai lagi yang konfius blur blur gitu sebab selain mengawal menu, kena juga tahu macamana Ketosis boleh terjadi? Perkara penting dalam Diet Atkins.

Selama ini badan kita bakar Karbohidrat daripada makanan yang kita makan setiap hari [Nasi, Gula, Roti, Kuih-Muih, Bijirin, Buah-Buahan dan lain-lain lagi].

Karbohidrat pun kita makan, lemak pun kita makan [Ayam Goreng, Daging Panggang dan macam-macam lagi].

TETAPI yang dibakar adalah Karbohidrat sahaja. Apa cerita dengan lemak yang kita dah makan tu? hmmm.. jadik tu la. Membentuk wilayah lemak dalam anggota badan kita. Langsung tak terbakar pun. Makin bertambah dari hari ke sehari adalah. Tu yang bambam memasing *termasuk yang taip entri ni* Oh! Tidak.

Paling parah kalau tahap metabolisma seseorang tu rendah. Dahlah lemak tak dibakar, metabolisma pula rendah. Makan pula memacam. Bertimpa-timpa kan?!!

Jadi, sekarang kita kena berubah. Tukar cara pemakanan demi untuk kurus, sihat, cantik dan paling utama senang untuk beribadah. Jangan bagi badan kita makan Karbohidrat selagi kita belum capai target / berat ideal.

Bila badan dah tak dapat bahan bakar [Karbohidrat] dia akan cari alternatif lain untuk dibakar. Maka dengan itu, lemaklah akan menjadi mangsa seterusnya.

Ayuh! Pecahkan wilayah lemak itu. Jyeahhh!!


Sumber : KDAM

Thursday 18 December 2014

Kenapa Ketosis Penting?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Hari ini Chue nak jelaskan pula kepada pengamal Diet Atkins sekalian tentang mengapa berlakunya Ketosis sepanjang kita beratkins?

*Kalau selalu cheat / menipu dalam beratkins, memang tak jumpalah Ketosis ni.. ingat eh.. memang takkklahhh...

Dalam entri 'Ketosis Tu Apa?' ada beritahu seseorang pengamal Diet Atkins yang sudah mencapai Ketosis akan berasa riang dan cergas kerana kehadiran ketone.

Ketone diperlukan oleh otak kita bagi meningkatkan keceriaan. Otak yang mendapat ketone yang tinggi tidak mudah letih dan mengantuk.

Fikiran akan cergas dan aktif. Sebagai bahan tenaga yang aktif, ketone menggerakkan otot-otot kita menjadikan pergerakan lancar.

Kehadiran ketone membuatkan tubuh badan kita tidak sakit dan keletihan turut hilang.

*kita kan kawal menu, kurang makanlah kiranya.. tak boleh jadi apa kalau badan lemah.. sebab tu ketosis amat penting yea geng!

Secara dasarnya, mereka yang aktif bersukan dan tubuhnya membakar lemak dengan baik akan mempunyai ketone yang tinggi.

Ada persoalan "Bukankah ketone itu alkohol?" sebab tu ahli sukan sentiasa riang cergas kerana mereka semuanya 'mabuk'. huishhhhhhhh... Mabuk ketone adalah baik, tiada kesan sampingan tapi mabuk alkohol berbahaya sebab ia membuatkan kita hilang pertimbangan. *faham tak ni eekk?

Ketone yang terhasil apabila diet tidak bersifat bahaya kerana strukturnya yang amat natural. * dah! jangan risaulah

*Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang indah dalam hidup anda dan dunia anda akan berubah menjadi ceria.. seronok ke tidokkkk??

Sumber : KDAM

Wednesday 17 December 2014

Ketosis Tu Apa?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Ketosis. Pernah dengar / baca istilah ini? Ketosis tu apa?

Kalau belum pernah, meh baca entri yang berkaitan

Ketosis adalah satu proses apabila lemak yang dibakar / dipecahkan semasa dalam proses Diet Atkins dan bertukar menjadi tenaga dalam anggota badan. Ia adalah proses semulajadi.

Ketosis adalah Sukar dan Amat Penting, kenapa saya kata begitu? Sebab ia memerlukan pengamal Diet Atkins tu melalui pelbagai fasa.

Fasa yang dimaksudkan adalah :
  1. Penurunan Jumlah Karbohidrat dalam makanan
  2. Meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah
  3. Meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam
* Setelah ketosis berjaya! pengamal Diet Atkins akan menjadi kurus, cantik dan tubuh beroleh tenaga luar biasa. wow! weeeee~~~

Stamina pengamal Diet Atkins yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang gembira yang tak terkata. 

Hip Hip Hurrey!!!!


Sumber : KDAM

Tuesday 16 December 2014

Apa Dia 4 Fasa Dalam Diet Atkins Tu?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

Dalam entri 'Diet Atkins? Apa Tu?' ada dinyatakan apa dia 4 fasa dalam diet atkins yang WAJIB dipatuhi. Jadi, apakah Apa Dia 4 Fasa Dalam Diet Atkins Tu?

Meh Chue terangkan :

Fasa 1 - Induction / Induksi
  • Bagi yang baru memulakan Diet Atkins, fasa 1 adalah bergantung berat seseorang dan paling minima induksi adalah 2 minggu.
  • Pengamal Diet Atkins yang melalui fasa 1 ini hanya dibenarkan mengambil 20gram karbohidrat sahaja dalam sehari.
  • Sumber makanan yang dibolehkan untuk fasa 1 adalah sumber dari protein [Ayam, Daging, Ikan, Telur] dan juga sayuran hijau [Kailan, Sawi, Brokoli, Kangkung, Bayam].
  • Untuk fasaa 1 juga, pengamal Diet Atkins akan mengalami penurunan berat badan secara berterusan dan mungkin lebih dari 6kgs pada 2minggu pertama *bergantung kepada kondisi badan seseorang.

Fasa 2 - Weight Loss / Penurunan Berat 
  • Fasa 2 adalah Penurunan Berat Berterusan tetapi secara perlahan dan agak lembab berbanding di fasa 1.
  • Bagi pengamal Diet Atkins yang sudah menjangkau ke fasa 2, anda dibolehkan meningkatkan pengambilan Karbohidrat daripada 20gram sehari kepada 25-45gram sehari.
  • Sumber makanan yang dibolehkan untuk fasa 2 adalah sumber yang sama seperti di fasa 1 cuma anda boleh menambah perisa hidangan dengan Kekacang, Beri dan Yogurt.
  • Untuk fasa 2, pengamal Diet Atkins akan mengalami penurunan berat secara berterusan akan tetapi agak perlahan berbanding dengan fasa 1 *mungkin 600gram atau kurang dalam tempoh seminggu

Fasa 3 - Pre Maintenance / Pra Penyelenggaraan
  • Fasa 3 adalah fasa pra-penyelengaraan. Ini apabila berat pengamal Diet Atkins itu sudah menghampiri berat yang diidamkan atau berat ideal *4kgs menghampiri berat ideal.
  • Bagi pengamal Diet Atkins yang sudah layak melangkah ke fasa 3, anda perlu juga menambah kandungan Karbohidrat sehari dari 50-70gram. Ini masih dalam proses penurunan berat badan dan anda juga perlu mengawal Karbohidrat supaya proses penurunan itu terus berlaku.
  • Sumber makanan untuk fasa 3 ini pun sudah bertambah. Semua sumber makanan sudah boleh diambil TETAPI dalam kuantiti yang Sedehana & Sikit.
  • Untuk fasa 3, pengamal Diet Atkins telah menghampiri berat badan ideal jadi, ianya sudah nampak lebih mudah cara pemakanannya. TETAPI masih juga memerlukan pengawalan iaitu tidak melebihi 70gram Karbohidrat sehari

Fasa 4 - Lifetime Maintenance / Penyelenggaraan
  • Fasa 4 adalah fasa terakhir dalam Diet Atkins. Untuk fasa terakhir ini, anda cuma perlu mengawal menu harian anda untuk kekalkan berat badan yang ideal.
  • Bagi pengamal Diet Atkins yang sudah berjaya mencapai fasa terakhir ini, anda boleh mengambil Karbohidrat 75gram ke atas.
  • Sumber makanan untuk fasa 4 ini sama seperti di fasa 3 cuma anda hanya perlu mengawal untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

ALHAMDULILLAH!! 

Dah Kurus Lettew!! eeehehehe

Sumber : KDAM

Monday 15 December 2014

Diet Atkins? Apa Tu?


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!

macam ni ceritanya.. bagi yang belum tahu dan masih lagi tertanya-tanya Diet Atkins? Apa tu?

Chue jelaskan sikit ekk.. Diet Atkins adalah diet protein.. maksudnya, kita dibenarkan makan karbohidrat dalam kuantiti yang dibenarkan sahaja.

diet ini paling sesuai untuk mereka yang berdarah jenis O. namun sesuai juga untuk yang berdarah jenis lain -  A, B, AB.

pengamal Diet Atkins dibenarkan makan ayam, daging, ikan, udang, ketam, telur, sayuran hijau, minyak, butter tanpa garam, keju dan sebagainya samada digoreng, direbus, dipanggang atau dikukus namun mereka dilarang makan gula, serbuk perasa, serbuk kunyit, kekacang, gandum, kentang, mi, nasi, kicap, susu, kafein, sos, madu, buah-buahan dan sebagainya.

tambahan lain yang dibenarkan adalah : multivitamin, rumpai laut, psyllium husk, teh herba orang kampung, teh hijau, spirulina.

Apa yang menarik mengenai Diet Atkins ini??
  • ia diperkenalkan oleh mendiang Dr Robert C. Atkins dalam 4 Fasa [Fasa 1, Fasa 2 , Fasa 3 & Fasa 4] paling best...... anda pasti akan kurus jika betul betul fokus dengan diet ni. 
  • Diet Atkins membantu seseorang individu itu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran Karbohidrat dan Lemak di dalam badan, sebab itu pengamal diet ini wajib mengehadkan pengambilan karbohidrat tetapi mengambil Protein mengikut keperluan badan masing-masing dalam menu harian.
  • dari berat 3 angka akan bertukar kepada 2 angka tanpa sebarang produk kurus. hebat, kan?!!
  • pengamal Diet Atkins tidak perlu tunggu bertahun tahun untuk capai berat ideal dengan syarat... FOKUS!!
  • anda boleh kerap makan dan berapa banyak pun sampai betul-betul kenyang, asalkan ianya menu lulus Diet Atkins.
  • jangan biarkan perut kosong.. MESTI!! Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam [4jam sebelum tidur]. 
  • wajib bagi pengamal Diet Atkins minum air yang mencukupi setiap hari [1 liter untuk setiap 25kgs berat badan]
SumberKDAM

Empunya Blog Neq Chue

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Geng!!

Terima Kasih & Selamat membaca Blog Neq Chue

Sedikit mengenai diri saya ::

FB/Instagram/Twitter/WeChat ID ~~> Neq Chue

Nama sebenar ialah Faridah Binti Kamin

Johor Bahru, Johor tempat saya dilahirkan dan dibesarkan

Anak bongsu dari 11 orang adik beradik [5 Lelaki, 6 Perempuan]

Neq Chue tercetus dari pangkat saya dalam keluarga [Neq = Nenek, Chue = Bongsu]

Penggemar tegar warna MERAH

In shaa Allah.. dulu, kini dan selamanya peminat setia pelantun lagu Ramalanku Benar Belaka / Bukalah Hatimu / Akulah Teduhanmu / Sayang Bersebab / Penyesalan / Satu Rasa :  Zarul Husin / Zarul Umbrella #Zarulians